Memang xsalah untuk ibu hamil menikmati percutian. “Babymoon” mmg menyeronokkan tambahan pula  bersama tersayang. Tapi sebelom tu, mommy haruslah  menyemak tips-tips utama  bagi mengelakkan sebarang masalh yg akan membimbangkan kesihatan mommy n baby. Daddy pon seharusnya memainkan peranan jugak ye.. Enjoy ur trip ya mommy..

Tips Melancong Untuk Ibu Hamil 

1. Dapatkan nasihat Doktor

Sebelum merancang percutian, mommy hendaklah berjumpa doktor dan dpatkan nasihat mengenai kesihatan ibu n baby jika ingin bercuti buat seketika. Doktor yang lebih arif mengenai kesihatan mommy n kandungan samaada sesuai untuk menikmati percutian yang berkualiti.

2. “BUKU PINK/BUKU BIRU” jgnn lupa.

Sedia maklum Buku pink/buku biru adalah kad pengenalan permulaan untuk bby. kemana sahaja mommy pergi, jgn dilupa kad pengenalan bby ye…senang jika berlaku ap2 terhadap mommy or kndungan, buku itu akan jd rujukan buat doktor.

3. Periksa Dengan Syarikat Penerbangan

Jika destinasi yg dirancang itu memerlukan mommy untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan, dinasihatkn untuk mommy buat comfirmation dengan syarikat penerbngn agar tidak berlaku kesulitan kelak. kebiasannya mereka tidak menggalakkn mommy yg mengandung 7 bulan keatas untuk menaiki kapal terbang dikhuatiri berlaku perkara2 yang tidak diingini terhadap kndungan. Biasanya mommy perlu mengisi borang atau beri surat pengesahan doktor mengenai usia kandungan sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang.

 

4. Sentiasa melakukan pergerakan rinkas.

Sentiasa dingatkan agar para mommy agar sentiasa membuat pergerakan ringkas walaupun terpaksa duduk dalam tempoh yang lama. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekejangan. Mommy juga digalakkan untuk memakai stokin sewaktu perjalanan.

5. Minum air secukupnya.

Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan air yang mencukupi lebih-lebih lagi jika tempat yang anda kunjungi bersuhu tinggi.

6. Lakukan aktiviti berpada-pada

mommy jgn terlalu seronok ya, pesan orang tua2 kna selalu ingt walaupun sudah mendapat persetujuan doktor, tapi hendaklah sentiasa berpada2 tambahan pula melibatkan aktiviti yg lasak dan aktiviti air. mohon berwaspada ye..jgn terlalu teruja.

7. Dapatkan rehat secukupnya

Disamping mengikuti aktiviti yang tersangat padat, mommy diingatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup..para suami hendaklah memahami keperluan rehat buat mommy n kandungan.

semoga tips ini berguna untuk para mommy untuk merancang percutian yang selamat. Yang penting kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan agar keselamatan mommy dan baby sentiasa terpelihara.. :)